Monday 27 May 2013

Makna OKD dan Syarat Untuk Menjadi OKD Sebenar


Ramai yang tertanya-tanya, apakah maksud OKD, OKD adalah singkatan nama untuk Orang Kuat Dayana. Iaitu Fans2 Dayana tidak kira golongan tua, muda, miskin , kaya dan meminati Dayana seawal dia menceburi diri dlm bidang seni, menyokong dia tidak kira apa saja situasi, dan tetap setia menyokong Dayana walau ape yg terjadi. OKD hanya sah bila anda mengikuti syarat2 yg di nyatakan seperti di bawah. D'Luvers adalah kata nama yg di gunakan oleh Fans2 Dayana yg sangat fanatik meminati Dayana. Kebiasaan kata nama itu di letakkan di belakang nama contoh seperti,"Rania D'luvers" , " Haikal D'Luvers " atau " Nina D'luvers" . Nama ini d cipta khas oleh Dayana sendiri bg mewakili fans2 yg meminati beliau..So siapa-siapa  yg meminati D, boleh la letak D'luvers sebagai tanda sokongan yg tidak berbelah bahagi kepada beliau. Ini juga memudahkan saya mengetahui sapa kah Fans2 D yg betul2 meminati D dan memakai nama D'Luvers. Di minta menjaga nama baik D'luvers dan OKD kerana kamu sebahagian dari Amerda Family..Apa yg baik adalah di galakkan dan yg ada niat dan maksud tertentu akan di singkir dari kumpulan.

Ada 17 Syarat untuk menjadi OKD yang sebenar :

Syarat-Syaratnya adalah seperti berikut :

1. Sesiapa pun layak menjadi OKD jika anda ada masa 24/7 di depan lappy, ade akses untuk mengetahui perkembangan, memantau sebarang page atau group , fb Amerda's Family atau apa saja mengenai kami. Tiada istilah OKD latihan seperti yg di tulis oleh setiap fans yg ingin menjadi OKD.

2. Sebarang promosi ke arah kebaikan berkenaan dengan apa saja perkembangan Dayana dan family boleh di usulkan dan di bincangkan sebelum di post ke wall2 OKD2 semua.

3. OKD hanya menjalankan tugasan dalam bentuk promosi, pantauan dan gerakan. Akan di beritau setiap masa kaedah dan caranya oleh saya. Jd di minta supaya alert dengan setiap post2 yg saya kirimkan ke wall..Edit gamba tidak di haruskan kecuali OKD2 semua dh tkde keje sangat nak buat.

4. Sebarang artikel akhbar, rancangan tv, apa saja anouncement dari FB, Radio dan ETC samaada dalam pengetahuan saya atau di luar pengetahuan saya, boleh la di update ke wall saya dan wall OKD2 semua untuk tujuan promosi. Sebolehnya di update sebelum tarikh di siarkan.

5. OKD hanya Fokus pd Dayana sahaja. Tidak di benarkan membuat event atau sebarang pertandingan menggunakan nama Dayana dan family untuk kepentingan sendiri. Sebarang salah laku akan di kenakan amaran sebelum di buang dr menjadi OKD.

6. Setiap prmosi atau pertandingan Voting yg diadakan oleh pihak2 luar bilamana nama Dayana tercalon, apa saja pertandingan, kerah semua anggota2 untuk promosi ke titisan terakhir.. Pastikan kita sebarkan dan voting setakat yg kita mampu..Ke kreatifan OKD2 semua untuk promosi dan Voting dalam satu2 pertandingan ( Anugerah ) bergantung asalkan tidak melampaui batasan.

7. Tidak di benarkan sama sekali bercakap secara keras, kutuk mengutuk sesama OKD dan saling sebar menyebar berita yg tidak sahih mengenai D dan family. Tak tau tolong rujuk ketua kumpulan atau mama Dayana.

8. OKD2 yg mampu untuk menghadiri sebarang Event berkenaan Dayana n Family sangatlah di alukan. Berikutan kita mungkin akn ada dan sentiasa membuat perjumpaan dan berkumpul untuk menjalinkan hubungan yg harmoni dan bersatu antara ahli kumpulan. Juga majlis2 rasmi seperti Sehari bersama peminat, Launching produk atau Album D, atau sewaktu dengannya.

9. OKD seharusnya memantau, mencegah, mendelete semua komen2 negatif di wall, status, gambar, dan sewaktu dengannya. Pemberitahuan dan pencegahan yg awal dr OKD2 semua membuatkan kita berjaya menyingkirkan pengutuk tegar dan remove dan blok terus dr jd Frendlist.

10. Sebarang page baru yg di buat tanpa meminta terlebih dahulu dr saya hendaklah di beri amaran sebelum saya report pd badan yg berwajib mencegah penyamaran. Terutamanya FB Dayana yg Klon. Sebarang page menggunakan nama kami sefamily perlu di pantau dan di nasihatkan agar menjaga nama baik penggunaan nama kami. Sebarang keterlaluan dari segi komen, penggunaan page, penyamaran yg ekstream , saya sendiri akn ke Balai Polis untuk tindakan undang2. Kenal pasti siapakan orgnya supaya memudahkan lagi urusan..Ambik perhatian OKD2 semua.

11. Mama Dayana boleh memecat sapa2 sahaja yg mengingkari arahan.

12. Tolong jgn cakap belit2 dan tegas bila menjalankan tugasan. Toleransi antara semua adalah penting. Jgn mudah terpedaya dengan omongan org2 di sekeliling memecah belahkan antara kita..OKD2 semua harus bersatu.

13. Sila Daftar penuh, biodata dan alamat memudahkan kami untuk memasukkan di dalam system kami. No ahli akan di berikan pd setiap OKD yg sah menjalankan Latihan.

14. Tiada komen yg akan di balas oleh OKD di wall saya..Hanya saya yg boleh membalas di setiap post atau komen di wall saya kecuali mengenai perkembangan Dayana n family sahaja.. soalan seperti, " mama ape khabar ?" " saya rindu mama " atau sewaktu dengannya biarlah sy yg komen sendiri ya..

15. Amanah, JUjur, Dedikasi, Taat, Menjaga Maruah sendiri, Disiplin diri, Bertindak mengikut arahan adalah motto kita.

16. Kongsikan link2 you tube atau sebarang promosi melibatkan Dayana.

17. OKD yg berjaya menjalankan tugasan dengan sempurna akan di berikan Hadiah penghargaan dari kami sefamily..

Sekian OKD semua :D Jangan lupa menjalankan Tugas

Salam Sayang Dari Amerda Family


No comments:

Post a Comment